Webiner Kelas NADI Mahir – Foto – Intake 1 (Minggu 1)
23 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2024, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu kelas Mahir Foto yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner kelas yang diadakan pada minggu pertama ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai topik-topik yang akan dipelajari sepanjang kelas NADI Mahir Foto – Intake 1 ini.
Pada minggu pertama kelas ini, peserta telah diterangkan mengenai topik-topik berkaitan iaitu pengenalan kepada pengajar dan pelajar, cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kursus mahir foto.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: